Honda CRV Baru 2017 kini telah dibuka untuk tempahan di Lee Motors Honda Alor Setar dan Sungai Petani.

SUV yang sangat popular di Malaysia akan kembali dengan membawakan pembaharuan; Honda CR-V 2017 bakal dibuka untuk tempahan bagi pelanggan tempatan mulai 1 Jun 2017 di Pusat Pameran Honda Lee Motors Alor Setar dan Sungai Petani.

Honda CRV 2017 yang baru akan datang dengan Enjin 1.5 liter VTEC turbo, yang menghasil kuasa 190 PS (187 hp) dan 240 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT.

CR-V 2017 bagi pasaran Malaysia ini juga turut dilengkapi Advanced Honda Sensing Technology.

Ini merangkumi beberapa ciri keselamatan termaju yang dibangunkan oleh Honda. Antaranya ialah sistem amaran perlanggaran hadapan (Forward Collision Warning System), yang akan mengeluarkan amaran sekiranya kenderaan merasakan ada potensi berlakunya pertembungan kerana jarak dengan kereta depan yang semakin hampir.

In diikuti dengan sistem brek menghindari perlanggaran (Collision Mitigation Braking System) yang akan bertindak membrek kenderaan secara automatik sekiranya pemandu tidak memberikan tindak balas sepatutnya dalam keadaan berisiko untuk perlanggaran.

Ketiga ialah sistem amaran pertukaran lorong (Road Depature Mitigation System). Dalam keadaan pemandu ingin menukar lorong atau laluan secara mengejut dan tanpa memberi isyarat, stereng akan bergegar sebagai makluman kepada pemandu. Brek juga akan dilakukan oleh sistem ini bagi mengelakkan kenderaan tersasar dari laluan sepatutnya.

Turut ditawarkan sebagai standard bagi semua varian ialah ciri Smart Entry dengan butang Push Start, 6 Airbag dan Vehicle Stability Assist (VSA). Kelengkapan luaran yang tersedia adalah termasuk penggunaan lampu utama dan lampu belakang LED, dengan rekaan baharu yang lebih menarik.

Source: Paultan.org

Tempahan sudah diterima di Showroom Lee Motors Honda Alor Setar dan juga Sungai Petani yang disituasi di negeri Kedah.

 

Pendaftaran Keminatan

[contact-form-7 id=”2714″ title=”The New CRV Interest Form_copy”]